Finally I Got My P!!
12 March 2013, 0
Yesss!!! Finally aku dah dapat Lesen P.. Maybe bunyi dia macam mengada-mengada je sebab nak bagitahu pasal lesen ni.. Tapi nak buat macam mana aku happy sangat.. Actually entry ni nak aku tapis tiga kali and baru sekarang aku publish.. Aku dapat lesen aku ni waktu 14 Feb haritu.. So, macam ni jalan cerita dia sebelum aku dapat lesen and hari test JPJ ..

6 FEB (RABU)

Sebelum hari aku JPJ test.. En R cakap nak suruh aku dengan Farhana buat kelas last supaya kteorang betul-betul yakin nak test nanti.. Time ni ade dua cikgu yang monitor aku.. Satu cikgu tua yang memang aku boleh panggil cikgu, sorang lagi cikgu muda yang berpangkat adik untuk aku sebab die 95's and lahir bulan 10.. So she's my sister.. Haha..
Yang cikgu tua tu actually ayah die sebab tu dia boleh ajar aku kereta.. Aku belajar dengan ayah dia dekat 'On The Road' iaitu kteorang pusing pusing jalan satu and tiga.. Best sangat sebab haritu tak banyak kereta and orang lalu lintas.. Cume aku still tak boleh sesuaikan Gear dengan kelajuan kereta..

Okay lepas dah pusing pusing dekat jalan jalan tu sambil ingat jalan, aku pun masuk balik Metro.. Dekat Metro ada seorang cikgu perempuan tunggu dalam kereta Kancil.. Dia lah yang kene ajar and monitor aku untuk dalam Litar.. And dia juga lah cikggu prempuan yang sebaya dengan aku lah.. Best lah drive and belajar dengan orang yang sebaya.. Sama macam waktu aku drive dengan Farhana.. Tapi dengan Farhana lagi bestlah sebab kteorang kan sekepala.. Siao memanipulasikan radio kereta Cikgu kteorang lagi.. Okay lepas habis semua benda ni aku dengan Farhana pun balik.. Malam tu aku tak boleh tidur sebab nebes giler untuk test tu.. Kalahlah dengan Nebes aku time nak SPM dulu..

7 FEB (KHAMIS)

Okay harini tibalah hari yang aku sangat takut sampai tak leh tidur.. Pagi time nak jpj tu sebelum En R nak amik aku tak makan sebab takut muntah.. Naik je kereta En R aku terkejut ade Amir, die pun macsm terkejut sebab ade aku.. Haha dah lah rambut panjang..
So, sampai je kat Metro, aku pergi tgk senarai name untuk tengok aku no berapa.. Aku no 30 untuk siri 3.. En R cakap pukul 10 aku test lah tapi tengok tengok pukul 3 lebih baru aku test.. Nampak sangat En R tak reti predict masa :p

Waktu tunggu nak test aku sempat buat kawan baru.. Ehh lupe nak cakap yang aku pun ade jumpa Bazli, Haziq,Zhufree dengan dua orang kawan and crush lame.. Happy weyh jumpa crush lame.. Now, jom cite sal kawan baru aku.. Ade dua orang satu sama umur ngan aku, die budak SAMTAJ.. hehe sekolah pengerusi handsome tu.. Yang sorang lagi tu doctor and ex UnPad Bandung.. Uni yang die masuk ni adalah Uni yang aku nak masuk kat Indonesia and kakak ni satu Uni dengan FL..  Best sembang dengan akak ni.. Sembang puye sembang dah sampai turn kteorang nak test on the road.. Aku takut sangat takut dapat JPJ garang..
Alhamdulillah , Allah dengan doa aku kut nak dapat JPJ baik,akhirnya dapat yang baik.. Handsome pulak tu.. Waktu test aku lambat tukar gear sampai kene perli..

Tapi maybe sebab die baik, aku dapat jugak lulus dengan sekali amik.. Aku excited sangat sebab lulus and tersengih sengih waktu orang taye kat aku.. Lagi happy bile ex crush aku taye aku puye result.. Tapi crush aku taklulus.. Cian die..

P/S: Tu je untuk kali ni.. Bagi yang nak amik test JPJ nanti, fikir yang korang boleh buat and have fun je time buat.. Okay!! Gud Luck!!!





new past