Family Trip - Indonesia Part 1
19 February 2013, 0
Sebelum Januari melabuhkan tirai haritu.. Aku dengan my Big Big Family melancong sambil menyunting bunga kat tanah Indonesia.. eceh ayat ntah pape ntah .. Semua sedara mara aku yang dari Pahang turun ke Shah Alam.. hehe actually bukan semua, Mak ngah and family dengan adik beradik Wan je.. saje je bagi gempak.. walaupun sepupu aku yang pergi sekali hanya dua orang tapi dah cukup untuk buat trip kteorang tu happening habis.. Gempak betul penangan jejaka dua orang ni..

Hurmm 
So, lepas semua dah berkumpul malam sabtu bersamaan hari Jumaat yang bertarikh 25 Jan.. hehe detail betul aku bagi ni.. And lepas my mak and other women in my house berchot chet chot chet pasal hantaran lah, pasal plan dekat sana nantilah, sapa yang bawak hantaran lah and so on.. Finally, diorang decide nak tidur.. And bile golongan yang tua dah decide nak tidur, bermulalah masa aku and my roommate which is my sisters berkaraoke sampai kering tekak or sampai handphone habis battery atau yang paling teruk sampai pintu bilik kene ketuk sampai nak tercabut macam Gorilla nak mintak masuk bilik oleh our Ayah.. Barulah kteorang tidur.. hehe boleh dikatakan kteorang sentiasa berkawal waktu malam sebelum tidur, kteorang akan mengawal rumah dengan suara kteorang yang merdu.. haih apalah yang aku merepek ni -..-

Chot Chet sambil makan Cekodok :)
So back to the topic.. Esoknya kteorang bertolak dari rumah nak pergi LCCT around 7.30 macam tuh.. Itupun dah sangat lambat.. As soon as kteorang sampai LCCT, lepas parking terus bergegas pergi Check In sebab tinggal lagi sejam je Flight dah nak Fly.. Lepas dah Check In , singgah beli cookies pak cik Amos and makanan sikit baru masuk kat departure puye tempat,lepas dah muah muah dengan Family Pok da Ezaran.. Waktu kteorang masuk kat departure tu, agak pelik sebab kat Gate kteorang dah tak ade orang and timetu baru aku tahu yang flight kteorang dah last call dah..
Nasib baik sempat.. So kteorang semua marathon ke Plane kteorang.. Yang muda tak pe lah marathon tapi yang agak agak berumur tu yang kesian sampai tak cukup oxygen dah lari..
So pengajaran die, Time management tu kene betul  betul bile nak buat something...



Everywhere he go, He can get a friend




Bile dah masuk dalam flight and semua orang dah stabil and boleh bernafas macam biasa.. Bermula sesi bergambar.. Family aku je kut yang aku nampak asyik bergambar je waktu first naik flight.. Rasa segan pun ade tapi disebabkan aku pun suka snap sana snap sini so aku pun join bergambar.. Hehe










Hellooo Jakarta!!!



Now jom cakap pasal makanan dalam flight.. Actually setiap kali my parent cakap nak pergi holiday.. Aku akan suggestkan tempat yang boleh naik flight.. Ni reason die => Aku suka makanan and makan dalam flight sebab kte akan rasa macam kte makan kat atas awan and rasa makanan tu akan jadi sangat lain and sangat sedap rasa dia.. Tapi yang paling sedap aku pernah rasa adalah makanan Malaysia Airlines.. Mmmm.. sedap bangat sih.. Waktu pergi Indonesia, aku dengan Lekha siap nak makan nasi Zati lagi, sebab sedap sangat and kteorang tak bekpes lagi time tuh.. so memang tengah kebuloq lah time tu.

Okay sesampai je kteorang kat Soekarno-Hatta Airport, lepas amik luggages and segala macam benda.. Kteorang dijemput oleh seorang Pak Cik Indon nama die Pak Herman.. Dia ni baik lah jugak and peramah sangat dengan kteorang semua.. Ayah sewa bus sebab kteorang ramai and tak cukup kalau nak sewa van..
So lepas naik bus, Hotel Here We Come!!!! Sebelum pergi hotel kteorang singgah makan dekat Bukit Randu Bandara untuk lunch.. Makanan die agak okay lah bagi siapa yang boleh tahan pedas sebab level kepedasan die ialah Level 6.. Pergh pedas betul tapi just nice untuk selera aku.. Hmm I love it Yumm Yumm..




So lepas perut dah kenyang kteorang pun dengan senag hati naik bus and terperangkap jugak dalam jammed yang agak teruk sebab orang Indon ni suka bawak kereta ikut sukahati atok nenek diorang je.. Diorang nak hon diorang hon, diorang nak menyelit diorang menyelit.. Tapi yang aku kagum tu, tak ade pulak jadi kemalangan macam kat Malaysia.. Kira diorang ni pemandu yang berwibawa lah.. Sepanjang jammed tu aku ada nampak ramai penduduk diorang yang hidup merempat.. Ada yang tidur kat jambatan, ada yang tidur kat luar kedai, yang tidur kat pai besi air yang besar tu pun ade.. Pelik betoi aku..


Tapi yang paling aku kurang senang, orang diorang suka kacau orang yang dalam kenderaan.. Aku dengan adik aku tengah melayan perasaan memandang ke luar tingkap tetibe je dapat lambaian gatal dari seorang lelaki tetapi aku seorang rakyat Malaysia yang peramah menyambut lambaian itu.. Ramai jugak yang aku nampak macam tu.. ade yang bagi lambaian gatal tapi ade yang bai lambaian tanda suka ade pelancong datang negara diorang.. Kira macam dialu-alukan lah ni.. Heheh

So lepas terperangkap dalam jammed dalam sejam lebih.. Kteorang pun sampai dekat Kristal Hotel Jakarta.. Kteorang pilih hotel tu sebab dekat dengan rumah Majlis yang akan berlangsung malam nanti.. Waktu sampai kat hotel tu ade Mas Raef kut dekat reception tu cakap bilik tak siap lagi.. Aku nak je cakap dah 5 jam takkan tak siap lagi.. Nasib baik die handsome so tak jadi nak cakap.. Sambil tunggu bilik siap kemas.. Kteorang lepak kat Lobby dulu then tetibe Nenek Saudara aku yang dah lama tak jumpa datang.. Ehh actually bukan dah lama tak jumpa tapi yang tak pernah aku jumpa.. hehe =D So, dekat Lobby tu ade lah scene Peluk pelukan and hingus hingusan sikit.. Hahaha






Muah Muah :*

Okay tu je kut untuk entry ni.. Bile aku ada masa and aku bosan, nanti aku hapdet lagi, Okay!!

P/S: Next entry Majlis Pertunangan Brendan & Fitria... Tunggu tahu.. Tak nak tunggu pun tak pe.. Hehe







new past