TWO MORE DAYS!!!
25 November 2012, 0
Yes lagi dua hari aku akan tinggalkan sekolah.. Tinggalkan kelas 5 Gamma and classmate yang childish awesome. Lepas je subject terakhir iaitu Biology, bermula lah PARTYHHH untuk gang aku.. Ish kalau ikutkan hati aku lah aku nak je pergi main semua "ROLLER COASTER" dekat library.. hmm nasib baik kene fikir hati gang aku yang laen.. Kteorg akan serang rumah Hidayah and buat rumah tu macam rumah sendiri.. Muahahaha..Pengumuman kepada jiran Hidayah (majikan Nuri Esah) sedialah untuk menerima jerikan dan kegilaan kami pada waktu malam, suara kami akan menghantui hidup mu..hahaha

Actually aku tak dapat predict langsung ape yang akan berlaku dan apa yang akan kteorg lakukan ketika menginap di rumah Hidayah..  Hope kteorang tak jerit-jerit sebab takut benda yang tak sepatutnya taku macam kat rumah Nuri Esah.. Haish hopefully Farhana and Hidayah menjadi lebih matang lepas SPM..

Sebenarnya aku nak buat entry pasal hari-hari aku sebelum menjelang merdeka.. Haritu ayah aku ada cakap yang aku dah macam tak betul, maybe sebab stress kut.. Belakangan ni aku suka senyum sorang-sorang.. Frankly speaking waktu ayah aku cakap macam tu aku pun rasa aku tak betul and menyeramkan.. Yelah manalah tahu waktu aku senyum tu entah-entah time tu bukan aku.. Ish apa aku meraban ni.. Next, dah dua hari aku minum air yang Nuri Esah, Farhana dengan Hidayah selalu minum iaitu ...



Ada ke patut ayah aku cakap yang aku ni ganas sebab minum Red Bull-eh ni..Nama die memang lah ganas tapi orang berjiwa lembut macam aku ni lah patut minum supaya menjadi seorang yang berjiwa keras.. hehe
Aku minum ni untuk stay up waktu malam tapi benda ni tak memberi kesan sangat kat aku sebab aku ni memang susah nak stay up malam.. Tai kalau tengok Korea, jangan kata stay up tapi tak tidur seminggu pun aku sanggup.. Seriously aku memang tak leh stay up malam sebab kalau stay up malam aku akan fikir benda merepek repek.. Macam ade Woman In Black kat tingkap tengah jerit 'Thank You' kat aku or Ju-on yang datang merangkak nak teman kau belajar, so daripada menghadapi semua ini baik aku tido..

 I HAVE TO SLEEP!!!

Setakat ni je lah aku update.. aku ade banyak lagi benda nak cerita tapi lepas SPM je lah aku sambung.. Hmmm tak sabar nak habis SPM and makan benda yang tak boleh makan..

FIRDAUS JANGAN BUAT-BUAT LUPA!!!







new past